Pujian dan kritikan Perisytiharan_Hak_Asasi_Manusia_Sejagat

Pujian

  • "Keseluruhannya, Perwakilan Amerika Syarikat percaya bahawa ini adalah satu dokumen yang bagus – dokumen yang unggul pun – dan kami mencadangkan untuk memberi sokongan penuh kepadanya. [...] Sambil memberi kelulusan kami kepada Perisytiharan pada hari ini adalah penting sekali untuk kami mengingati dengan jelas perwatakan asas dokumen tersebut. Ini bukan satu perjanjian; ini bukan satu persetujuan antarabangsa. Perisytiharan ini bukan dan tidak bertujuan menjadi kenyataan undang-undang atau kewajipan mengikut undang-undang. Perisytiharan ini ialah Perisytiharan prinsip-prinsip asas hak asasi dan kebebasan[....] Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat bakal menjadi Magna Carta antarabangsa bagi semua manusia di merata tempat."
Eleanor Roosevelt, pengerusi wanita pertama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (CHR) yang menggubal Perisytiharan ini, [5] 9 Disember 1948.
  • "Demi semangat muhibah di kalangan manusia seluruh dunia, dokumen itu lebih daripada perkataan sahaja: Dokumen itu ialah bukti kemanusiaan sedunia, satu standard yang mana sesiapa sahaja di Bumi boleh menghadap pengadilan mana-mana kerajaan di Bumi."
bekas Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan (Mac 1989, US Department of State Bulletin)
  • Dalam satu ucapan pada 5 Oktober 1995, Paus John Paul II menggelar UDHR sebagai "salah satu ekspresi nurani manusia teragung di zaman kita".
  • Kenyataan oleh Marcello Spatafora bagi pihak Kesatuan Eropah pada 10 Disember 2003: "Selama 55 tahun yang lalu, kemanusiaan telah menjalani kemajuan yang luar biasa dalam memupuk dan melindungi hak asasi manusia kerana daya kreatif yang dijana oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, tidak boleh dinafikan bahawa inilah salah satu dokumen yang paling berpengaruh dalam sejarah. Ini ialah dokumen yang luar biasa, penuh dengan idealisme tetapi juga padat dengan keazaman untuk menerima pengajaran dari zaman silam dan tidak mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama. Penting sekali, dokumen ini meletakkan hak asasi manusia di kedudukan terpenting perangkaan prinsip-prinsip dan kewajipan untuk membentuk hubungan dalam masyarakat antarabangsa."

Kritikan dari segi Islam

  • Negara-negara majoriti Islam, seperti Sudan, Pakistan, Iran, dan Arab Saudi, sering mengkritik Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat kerana kelihatan gagal mengambil kira konteks kebudayaan dan keagamaan negara majoriti Muslim. Pada tahun 1981, wakil Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Said Rajaie-Khorassani, menyatakan pendirian negaranya mengenai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, dengan berkata bahawa UDHR ialah "satu pemahaman sekular mengenai tradisi Yahudi-Kristian" yang tidak mampu dilaksanakan oleh umat Islam tanpa melanggar undang-undang Islam.[6]

Kritikan lain

  • Jeane Kirkpatrick, Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, membincangkan bahawa hak ekonomi tertentu tidak boleh menjadi hak asasi manusia, kerana hak ekonomi perlu disediakan oleh orang lain melalui pengekstrakan secara paksa, contohnya cukai, dan bahawa hak ekonomi menidakkan hak-hak orang lain yang tidak terpisah.[10] Kirkpatrick mengibaratkan Perisytiharan itu dengan "surat untuk Santa Claus",[11] iaitu mengatakan "Sifat, pengalaman, atau kebarangkalian pun tidak memaklumkan senarai-senarai 'hak' ini yang tidak tertakluk kepada batasan kecuali yang ditetapkan pemikiran dan kehendak pengarangnya."[12]
  • Perkara 29(3) UDHR menyatakan bahawa "Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan secara bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu." Sesetengah pihak mendakwa bahawa ini membolehkan PBB mengatasi undang-undang sendirinya, maka menjadikannya hipokrit, sementara yang lain menunjukkan bahawa "tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip" PBB mengertikan prinsip-prinsip dan matlamat-matlamat yang dipersetujui Negara-negara Ahlinya, dan bertujuan memupuk keamanan sedunia dan bukannya memaksudkan mana-mana fungsi atau operasi PBB selaku pertubuhan.
  • Kadang-kala, peruntukan tertentu terdedah kepada kritikan kerana kandungannya. Contoh: Perkara 26 memupuk ide pendidikan sejagat percuma, dan kadang-kadang dipersendakan sebagai "hak memaksa orang lain membiayai pendidikan anak saya." Hak untuk memiliki harta secara berkongsi dengan orang lain kadang-kadang ditentang aktivis-aktivis anti-korporat. Hak untuk kahwin di luar kasta atau kaum sendiri turut ditentang ramai penyokong dasar segregasi.

Rujukan

WikiPedia: Perisytiharan_Hak_Asasi_Manusia_Sejagat http://mypage.bluewin.ch/ameland/Islam.html http://www.unhchr.ch/udhr/lang/mli.htm http://www.americanrhetoric.com/speeches/eleanorro... http://capmag.com/article.asp?ID=210 http://www.universalrights.net/main/creation.htm http://web.archive.org/web/20060829055825/http://w... http://www.humaninfo.org/aviva/ch65.htm http://www.oic-oci.org/ http://www.oic-oci.org/english/conf/fm/27/27th-fm-... http://www.religlaw.org/interdocs/docs/cairohrisla...